BANTUAN PINJAMAN TANPA FAEDAH
Koperasi Insan Bantu Insan Kuala Lumpur Berhad (IBI) adalah merupakan salah satu organisasi koperasi bumiputera yang mengajak umat Islam bermu\'amalah berlandaskan syari\'ah.
Hasratnya adalah untuk menjadi salah satu koperasi yang unggul dan disegani melalui gerakan Koperasi dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota-anggotanya..
Sebagai badan yang bertanggungjawab dan yang memegang amanah orang ramai khasnya anggota Ahli Koperasi Insan Bantu Insan Kuala Lumpur Berhad, pengurusan yang cekap lagi efision adalah dituntut serta perkhidmatan, kemudahan, kebajikan, peluang dan ruang yang memanfaatkan anggota Ahli adalah keutamaan.
Justeru itu, perancangan yang dirangka serta aktiviti yang disusun sudah semestinya akan memberi banyak faedah dan kesejahteraan Ahli-Ahli.
Dengan itu, Koperasi-IBI menganjurkan gandingan Tanggungjawab dan Kerjasama dalam Koperasi-IBI mestilah ada peranan bersama. Dipetik dari kata-kata ungkapan Melayu Ringan Sama Dijinjing, Berat Sama Di pikul. Konsep itu juga yang menjadi panduan segala urusan dan program yang dijalankan dalam Koperasi-IBI.
Sehubungan dengan itu, kejayaan dan kemajuan akan tercapai kepada diri kita semua apabila konsep yang disemai ini diterima pakai serta menjadi amalan masyarakat Koperasi-IBI khasnya dan anggota pengurusan amnya.
Menjadi Anggota Ahli Koperasi-IBI.
Mohon dan jadilah Ahli kepada Koop-IBI kerana pepatah Melayu ada berkata (Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh).
Betullah kata-kata pepatah itu, kalau kita melakukan perkerjaan dengan berseorangan maka lamalah masa dan banyak tenaga dicurahkan. Tertapi sekiranya kita beramai atau berkumpulan maka kerja yang dilakukan dapat disiapkan dengan cepat dan menjimatkan tenaga kita.
Sama jugalah kalau kita berusaha seorang diri maka banyaklah tenaga dan perbelanjaan dikeluarkan berbanding dengan kita berkerja dalam satu kumpulan dan berbelanja secara berkumpulan juga maka kos dan harga yang diperolehi adalah lebih murah serta ekonomik.
Dengan menjadi anggota Ahli Koperasi-IBI, kami mengunjurkan konsep (Berkumpulan, Berpersatuan, Berjemaah, Berkerjasama, Ukhwah, Bantu Membantu, Tolong Menolong), Menjaga Kebajikan Bersama Ahli, Sayang Menyayangi dan Kasih Mengasihi sesama Insan. Ini lah yang menjadi teras Misi dan Versi Koperasi Insan Bnatu Insan Kuala Lumpur Berhad.
Jadilah anggota Ahli Koperasi-IBI dan jadilah insan yang telah diamanahkan ke atas bumi yang bertuah ini sebagai Khalifah. Hanya dengan menjadi anggota Ahli Koperasi-IBI, sesaorang itu telah menunaikan satu dari tanggungjawab dirinya iaitu Insan Bantu Insan seperti yang dituntut oleh ALLAH S.W.T
Tanyalah kepada diri kita sendiri apakah manfaatnya dan faedah yang kita dapat dengan membantu Insan yang lain. Tertapi bertanyalah pada diri sendiri, tanda Insan lain dibumi ini, siapalah kita.
Kenapa Koop-IBI menjadi pilihan Utama.
Dalam Koperasi-IBI ini, anggota Ahlinya terdiri daripada Insan yang bersedia melaksanakan tanggungjawab serta amanah sebagai seorang Insan dan Ummah seperti mana yang dituntut oleh ajaran agama serta norma-norma kehidupan bermasyarakatan.
Barisan anggota jawatankuasa Koperasi-IBI berusaha dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh anggota Ahli Koperasi-IBI dari memberi perkhidmatan terbaik hingga ke pengurusan Dana dan Aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada Koperasi-IBI amnya dan kesenangan serta kebajikan anggota Ahlinya khasnya.
Dalam menjalankan aktiviti, Koperasi-IBI bukan hanya menumpukan kepada bidan ekonomi, tertapi sosial, kebajikan dan Agama Islam yang selari dengan perlembagaan Negara. Seterusnya, Koperasi-IBI adalah pilihan Utama kerana orang yang bersama dalam kumpulan masyarakat yang berjiwa kerohanian dan Jasmi, berkerjasama dan berjemaah, saling bantu membantu sesama Ahli.
Koperasi-IBI pilihan Utama kerana dalam Koperasi-IBI semua anggota Ahli sama ada yang baru mahu pun yang lama mempunyai :
-
Hak bersuara.
-
Hak memilih siapa yang boleh berkhidmat kepada Ahli.
-
Hak Kebajikan diri dan Keluarga.
-
Hak diberi Bantuan sokongan Moral dan Ekonomi.
-
Hak Ruang.dan Peluang niaga
-
dan Hak Untung / Rugi perkongsian bersama.
Perkhidmatan
Bantuan sokongan Moral :
-
Perakuan sebagai Ahli Koperasi IBI Kuala Lumpur Berhad
-
Memberi sokongan moral.
-
Memberi sokongan bagi permohonan Lesen Niaga (Majlis Tempatan).
-
Memberi sokongan permohonan tapak niaga dalam kawasan Kuala Lumpur..
-
Memberi sokongan permohonan tapak projek pertanian.
-
Memberi sokongan permohonan Pinjaman Modal dari Bank.
-
Memberi sokongan permohonan Pinjaman dari Agensi kerajaan dan sebagainya.
-
Perkhidmatan urusan insuran produk terpilih..
Kemudahan
-
Bantuan ehsan Insan.
-
Bantuan Modal Niaga
-
Bantuan Pinjaman.
Peluang Perniagaan
-
Melabur dalam projek-projek Koperasi IBI Kuala Lumpur Berhad.
-
Turut serta dalam projek-projek pertanian (sebagai perserta).
-
Perniagaan dalam Van / Lori Pick-Up.
-
Ruang / tapak niaga bazar dan bazar malam.
-
Pasar PELAYANAK SEGAR. (Petani, Nelayan, Penternak)
Kebajikan
-
Khairat kematian.
-
Insuran Kemalangan berkelumpuk.
-
Bantuan Ehsan.
Perkhidmatan dan Kemudahan :
-
Menjadi Ahli biasa akan menerima perkhidmatan dan kemudahan seperti :
-
Perakuan sebagai Ahli Koperasi IBI Kuala Lumpur Berhad.
-
Dibantu dalam segi sokongan moral dan sokongan bagi permohonan Lesen Niaga (Majlis Tempatan), permohonan tapak niaga atau tapak projek tanaman, Pinjaman Modal dari Bank dan sebagainya
-
Boleh turut serta dalam projek-projek pertanian yang diusahakan oleh KIBIB seperti :
-
Projek tanaman serai CV.
-
Projek tanaman Herba.
-
Penternakan Ikan keli dalam kenves.
-
Penternakan ikan dalam sangkar.
-
Penternakan ayam kampung dan Ayam daging.
-
Penternakan Lembu bersistem pawah.
-
-
Boleh melabur dalam projek-projek dan perniagaan yang diusaha atau dimajukan oleh Koperasi seperti :
-
Perniagaan dengan Van atau lori pick-up.
-
Perniagaan Satay atas Van atau Lori pick-up.
-
Bazar malam Bazar pagi (kumpulan Van / Lori Pick-Up)..
-
Semua ahli memasuki sistem bantuan Khairat kematian dan skim insuran kemalangan.
Hubungi: Nor Azman Bin Nordin
Tel: 0126656456
No comments:
Post a Comment