Setiap dari kita sememangnya tidak dapat lari dari masalah. Biarpun kadang-kala masalah tersebut dapat diselesaikan namun ada yang masih terbuku di dalam hati. Biapun begitu, sekiranya ia tidak mengganggu fikiran kita,tidak mengapa tetapi adakah kita dapat meluahkan apa yang terbuku di hati kita ? Setiap dari kita ada tersimpan perasaan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Kita hanya mampu menyimpannya dan terasa malu,takut dan segan untuk meluahkan apa yang tersirat di dalam hati masing-masing. Andai kata kita semua mampu berbicara secara berterus-terang maka tiada bebanan di hati dan perasaan kita akan sentiasa tenang. Luahkan apa sahaja yang terbuku di hati agar bebanan yang ditanggung tidak berseorangan. Disini tiada apa yang perlu dimalukan atau disegani kerana tiada siapa yang melihat anda !!!!
Kongsikan isi hati
http://don.blogstarz.my/?action=blog
No comments:
Post a Comment